Friday, October 25, 2013

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI SAINS SM DAERAH KULAIJAYA

TEMPAT : BILIK PPSMI STAR PUTRA, KULAIJAYA
MASA : 8.00 PG - 4.30 PTG
SASARAN : SEORANG (1) GURU SAINS TERAS YANG MENGAJAR TING. 4

BAHAN-BAHAN KURSUS YANG BOLEH DIMUAT TURUN :

JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PIHAK JPNJ, BPG, PPD, JU DAN SETERUSNYA PESERTA-PESERTA KURSUS YANG TELAH MENJADIKAN PERJALANAN KURSUS INI BERJALAN LANCAR.

SEMOGA SEGALA ILMU YANG DISAMPAIKAN DAPAT MEMBERI MANFAAT DAN BOLEH DIAPLIKASIKAN DI DALAM KELAS.

Monday, November 15, 2010

SELAMAT MENGHADAPI SPM 2010


KOLEKSI MUTIARA KATA UNTUK RENUNGAN...

"perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan"

"Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah"

-- Ali imran : 159


"Hai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."

-- An-Nisa': 1

"Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah"

Sunday, November 29, 2009

Tips-Tips Untuk Kertas 2 Sains SPM

Terdapat 3 bahagian dalam kertas 2:

  • Bahagian A (4 soalan struktur berorientasikan eksperimen)
  • Bahagian B (5 soalan struktur berorientasikan teori)
  • Bahagian C (3 soalan esei)
BAHAGIAN A:
  • Obervation - jawapan boleh didapati terus daripada gambar rajah atau jadual yang disediakan.
  • Manipulated Variables - lihat apakah yang berbeza pada gambar rajah yang disediakan atau jika pada jadual, kenalpasti ruang yang berada di sebelah kiri.
  • Responding Variables - perhatikan apakah yang berubah atau hasil di akhir eksperimen. Jika terdapat jadual, ruang yang berada di sebelah kanan sekali itu adalah responding variables.
  • Constant Variables - kenalpasti alat radas atau bahan-bahan yang sama sepanjang eksperimen dijalankan.
  • Aim (objektif) - biasanya bermula dengan ayat 'To study.....' atau 'To investigate...'
  • Graph - kalau dalam soalan tulis 'draw a graph...' maksudnya anda kena lukis graf yang biasa (sambungkan titik ke titik). Kalau 'draw a bar chart...' maksudnya anda kena lukis graf bar (kotak) yang berjauhan antara satu sama lain. Kalau 'draw a histogram...' maksudnya anda kena lukis graf bar (kotak) yang rapat antara satu sama lain.
  • Relationship - Gunakan semula ayat daripada soalan. Contohnya, 'What is the relationship between the height of the seedling and time?' Jawapannya, 'When the time increases, the height of the seedling increases/decreases (bergantung kepada graf)'
BAHAGIAN B:
  • Untuk bahagian ini, biasanya ditanya tentang Function, State, Method, Name, Effect.
BAHAGIAN C:
  • Wajib jawab soalan 10 (merancang eksperimen) dan salah satu daripada soalan 11 atau 12.
  • Soalan 10 biasanya diberi tentang satu pernyataan (statement) dan anda perlu menulis:
  • (i) Hipotesis - Kaitkan antara manipulated variable dan responding variable.
  • (ii) Aim - Mulakan dengan ayat 'To study...' dan salin daripada pernyataan yang diberikan.
  • (iii) Variables - kena tulis ketiga-tiga variables.
  • (iv) Apparatus and materials - kenalpasti semua alat radas dan bahan yang digunakan.
  • (v) Procedure - Digalakkan melukis gambar rajah berlabel sebab ia boleh membantu mendapatkan markah.
  • (vi) Data - Buat jadual yang mengandungi Manipulated variable (ruang sebelah kiri jadual) dan Responding variable (ruang sebelah kanan jadual). Ingat! Jangan isikan ruangan hasil eksperimen.

Sunday, November 15, 2009

KOLEKSI SOALAN

MAKLUMAN : SEMUA PROSES MUAT TURUN (DOWNLOAD) FAIL ADALAH PERCUMA

Koleksi soalan Bab 2 Ting. 4 (Body coordination) (Download)

Koleksi soalan Bab 3 Ting. 4 (Heredity and variation) (Download)

Koleksi soalan Bab 4 Ting. 4 (Matter and substances) (Download)

Koleksi soalan Bab 5 Ting. 4 (Energy and chemical changes) (Download)

Koleksi soalan Bab 6 Ting. 4, (nuclear energy) (Download)

Koleksi soalan Bab 7 Ting. 4, (colour, light and sight) (Download)

Koleksi soalan Bab 8 Ting. 4, (chemical in industries) (Download)

Koleksi soalan Bab 1 Ting. 5, (Microorganism and their effects) (Download)

Koleksi soalan Bab 2 Ting. 5, (Nutrition) (Download)

Koleksi soalan Bab 3 Ting. 5, (Preservation & Conservation) (Download)

Koleksi soalan Bab 4 Ting. 5, (Carbon Compound)) (Download)

Koleksi soalan Bab 5 Ting. 5, (Motion) (Download)

Koleksi soalan Bab 6 Ting. 5, (Food Technology & Production) (Download)

Koleksi soalan Bab 7 Ting. 5, (Synthetic Materials In Industry) (Download)

Koleksi soalan Bab 8 Ting. 5, (Electronics & ICT) (Download)

Anda juga boleh melayari web Sci-Q untuk koleksi-koleksi soalan yang lain.

Anda juga boleh melayari web sains yang lebih menarik. Klik di sini.